Saturday, August 9

Aku Seorang Bintang Kelakar

5.30 pm > Twin Towers - TGV KLCC - Bukit Bintang - KL Sentral - tidoo > 12 midnite

08.08.08; suatu tarekh keramat sebab dah kurang 3 orang penghuni Twin Towers yang belum tengok Batman - The Dark Knight. Batman dah ada kat Malaysia lebeyh kurang 3 minggu, tapi tiap kali aku nak beli tiket, penuh gile dowh. Kalo ada pun seats 1st row dan seats blakang skali dalam bilik projektor.

RM10 was well spent ntuk sebuah 2-setengah-jam filem. Naik 2-ibu jari, 2-thumbs-up!!! Watak joker tu jahat gile, kalo-la tul2 ada Joker tu, mau kena lempang takpun kena sula je. kalo kat Malaysia mesti dah kena tuduhan sodomy, ahaha ...dan terima kaseh-la Nabila (Bella) & Suhaimi (Aboh) sebab sama-sama menjadi kuno - orang lain dah tengok 2 3 minggu lepas - tapi at least kita managed gak tgk gak filem tu, kan kan.

Dan lepas semayang maghrib (Batman abes kul 8 malam), aku n Aboh menghala ke Pavilion + Bukit Bintang...konon-nya nak lepak kat Planet Hollywood, pasal nak layyan opening ceremony Olimpik. Pergh, ni-lah mende paling poyo penah kitorang rancang. Tapi kami decided alang-alang dah sampai Bukit Bintang, baik g window shopping je...and of course cuci mata skali.


Secret Recipe, Jalan Bukit Bintang...tempat kejadian di suatu masa dahulu.


Btw, kat BB ni ada satu tempat yang buat aku cam alah sket. BB Secret recipe; "tempat kejadian", huhu...ni-lah tempat last skali aku lunch dengan - ahaa, nama tak perlu la kot - lebeyh kurang 2 tahun 7 bulan yang lalu. Lanie shes found somebody else. But it was me to be blamed, i took her for granted. Dah-dah, ni bukan masa yang sesuai nak jiwang-jiwang, idup mesti diteruskan...tapi yang paling penting, i-am-a-superstar-and-i-am-still-single (statement paling poyo aku ntuk tahun nie :p).


Collectors' Item; LRT delay tengah-tengah malam.


Berbalik kepada hal rumah tangga Malaysia, aku pun tak tau apesal semenjak 2 3 bulan ni aku cam hangen semacam ngan Pak DoLLah, KayJ and all those craps from Gomen...janji nak improve public transport kat Malaysia, tapi diorang nie cam hanya mementingkan camna nak improve poket dan perut boroi sendiri. Marah lanie woi, apa ke jadahnya LRT delay tengah malam buta nie. Aku dah la nak balek cepat ni, smayang Isya' pun belum nie. Dan-dan je, padahal nak surf internet, damn :p .


p/s: "Bella, be happy and have fun!!!"

Tuesday, August 5

Saya Sayang Malaysia


MRR2; Sebuah lagi projek gemilang terbilang kerajaan pusat ntuk rakyat.


Wow. Tahniah kepada Abang Samy Vellu kerna meng-kambing-hitamkan cuaca sebagai sebab MRR2 runtuh laei. Betul tu, sapa la engineer n architect yang duk design MRR2 nie, sepatutnya diorang bungkus la konkrit tu dengan pembalut hadiah, takpun blanket yang duk bungkus tayar F1 masa dalam pit. Hidup Samy Vellu, cemerlang gemilang terbilang. Sekian terima kaseh.


p/s: Hari ni aku dengan rasminya menyeru kerajaan tidak memansuhkan penggunaan Bahasa Inggeris ntuk matapelajaran sains kat sekolah...Aku dari pagi tadi pening camna nak translate term technology kat bawah nie:-

Subsea Automated Pig Launcher (Kalau di-bahasa melayukan: Pelancar Babi Separa Laut Automatik)

Ni kalo pi present kat technology steering committee mau kena sula nie, ahahaha."Pelancar Babi Separa Laut Automatik is used predominantly in sub-sea applications...bla bla bla."

Sunday, August 3

Fcuk off Chelsea, you ain't got no history

Rentetan kedatangan tidak diundang Chelsea ke Malaysia minggu lepas, aku merumuskan bahawa padang Stadium Shah Alam elok dijadikan padang ragut lembu tenusu.



Fcuk off Peter Kenyon, you are a wanker...Hidup KJ, anda adalah pemuda harapan bangsa, idola terkini rakyat Malaysia ye ke?


We welcome them with Sarawakian cultural dances...and again we seemed to be bothering Chelsea's so-call megastars. John terry and Co just walked past, with their ears plugged into their music. They didn't seem to have much time, even though some fans were waving flags and cheering. But at least STOP and ADMIRE the dances for a little while, bastard.

In other words, it looks like we gave Chelsea the red carpet treatment, and got a cold blue shoulder back. Crap. Fcuk off Chelsea, you ain't got no history. Glory Glory Man Utd. Sekian Terima Kaseh.

Note: "WE" merujuk kepada sesapa yang bengap pi jemput Chelsea mai datang Malaysia. Buduh.

Macam Main Petang-Petang...

Minggu lepas gempar dengan kes buang anak di sebuah IPTS tempatan. Bayi ditemui dalam bilik air, dan emaknya yang berusia 18 tahun kemudiannya ditahan abang polis. Ehemm, naseb lelaki yang termengandungkan awek 18 tahun tu aku tak pasti...maybe tengah syiok main Dota, atau telah ditangkap.

Dan hasel perbualan secara maya aka google talk dengan membe aku, kami telah merumuskan bahawa:


Remaja 1980an : Suka main pondok-pondok, masak-masak...kalo advance sket pun maybe ada watak laki bini, pastu ada la membe kena paksa kena pegang watak anak.

Remaja 1990an dan alaf baru : Pun suka main pondok-pondok dengan watak laki bini...tapi memang watak laki bini betul. Ada adegan ranjang laei. Macam main petang-petang, bak kata orang tua-tua. DEMM.



Main masak-masak agak tidak cool dan bukan pilihan utama remaja masakini. Sekian terima kaseh. Malaysia Boleh.

Related Posts with Thumbnails