Saturday, November 7

Skirt Pendek

Sekadar gambar hiasan...

Tempat - Istana Budaya, Jalan Tun Abdul Razak, Jepun
Masa - 8.30pm till 12.30am


Semalam aku pegi nengok Cuci the Musical kat Istana Budaya
Kami beli tiket paling murah - 60 ringgit
Seating 3 row dari depan
Tapi takpa duk dekat ngan stage pun ok happe
Terasa cam prop dowh
Yang bestnya buleh nampak aweks penari ngan jelas
Jelas i mean...buleh nampak jerawat kat tepi idung dia


Tapi apsal eik, kalo geng-geng penari yang support show
Mesti ada golongan ni...
-Jantan Patah...sutun-
Ahhhh dahla aku duk kat depan
Tepaksa lak layan lenggokan jantan-jantan patah ni
Ingat coooool la tu, deym.
Seb baik la aweks2 yang jadik extra tu cuuun
Kalo tak mau je aku naik sepak kaki abang-abang sutun ni


Okay bebalik kat Cuci the Musical
Jalan crite dia lebih kurang filem Cuci the movie
CUma bezanya yang aku nengok semalam - Live performance
Yelaaah, takkan la teater ada "cut, cut, buat balik...apsal sore kau cam kayu haa?"
Bengap gak aku ni kan...
Ok aku rasa cam membazir je kalo aku wat sinopsi teater semalam
...aku malas sebenarnya


Memandangkan ni malam pengalaman pertama aku nengok show kat Istana Budaya
Ada la dua tiga etika yang aku baru belajar semalam
Cheisss, ingatkan pas zaman skolah da takde da rules-rules yang aku kena ikut...deym


Cam semalam, kalo yang jantan,
- Takleh pakai seluar pendek hawaii,
- T-shirt pink berkolar v-neck yang ada labuci kelip-kelip, pun takbleyh
- Selipar jepun even yang beli kat kedai Reef aras tiga Suria KLCC? Big No No
- Singlet yang selalu abang-abang (kononnya) gagah pakai kat gym fitness first...juga diharamkan


Tapi kalo yang aweks...apsal boleh pulak pakai skirt yang pendek gila
Pendek tu toksah cakap laa, aku tak tau camna nak elaborate
Tapi aku suka je btw, pervert tak?
Kirenya skirt tu aku rasa sejengkal dari atas lutut. Pendek la kalo camgitu kan?
Aku rasa ini yang dinamakan etika, ini kot yang diperjuangkan oleh golongan Hadhari?
Aweks-aweks dibolehkan je pakai cam gini...asalkan diorang cukur bulu ketiak
Dan ketiak tu tak berbau cam haram...
Ahhh toksak kecah-kecah chan - itukan etika.


Pastu semalam dengan selambanya aku bawak masuk cokelat Cadbury
Yang saiz paling besar tuu, ala yang harga RM 6.90 sepapan
Masa tu show berenti kejap, dalam 20 minit
Kirenya teater ni ada 2 parts
Part pertama dalam sejam setengah, pastu brenti kejap
Kasik peluang kat semorang, nakgi toilet ke isap rokok ke...
So aku keluar la kejap dari dewan teater tu, bajet nak amik angin
Masa nak keluar tu, akak guard nampak satu mende yang bersinar kat tangan aku
Aluminium bewarna emas yang di dalamnya terdapat satu pepejal bewarna coklat...dan berperisa coklat


Akak guard - "Dik, kat dalam ni takleyh bawak makanan"
AKu - "Owh saya tahuuu tu Kak...saya bawak je, tapi tak makan puuun? Akak nak ke? Sedap ni, Cair di mulut, bukan di tangan..."


Yelaa tu Chan, tak makan konon. Padahal da abes setengah papan coklat tu kau bedal.


Pastuuuh show besambung, part 2...
Handphone aku bergetar, ada sms
Owh nasib baik aku silent mode tadi
Kalo tak, kang tetiba bunyik ringtone 'cat-dog', pasti merah-merah kemaluan muka aku.
Tetiba masa balas sms tu, ada lampu lazer kat jari aku...
"Aghhh, ni pehal lak ada scene SkyWalker main light-saber pastuuh libatkan aku ni"
SMS aku reply tanpa segan. Then aku toleh ke kiri, ada abang guard...dia tengok aku, buat muka tak puas hati.
Aku balas balik dengan muka spongebob. Aku pun wat-wat gaya paham, ok aku simpan handphone ni
Hish abang guard ni, aku bukan wat salah pun
Kalo mintak contract gomen pakai undertable money - haaa yang macam ni baru kita cakap salah
Kalo setakat reply sms masa nengok teater...alaaa mende kecik je bang
Lagipun, menonton teater dan tidak meng-reply sms dari aweks-aweks amatlah tidak wajar, kan kan?


Owh semalam VIP yang datang adalah ex-PM ngan wife dia
"Chan, Chan...Pak Lah datang laa" membe aku yang kat sebelah sound.
"Owh yeke...ok" response aku sambil duk main facebook kat iphone...
Entah hape ntah dosa Pak Lah ngan aku...tapi aku rasa takde kot
Tapi aku memang tak amik port ngan orang-orang politik ni
Minta maafla...
Tapi kami (aku dan rakyat-rakyat biasa yang lain) cuma mintak
Geng-geng politik ni at least tolonglah pakai otak tu skali skala
Kalo buat something tu biarla berfaedah
Ini tak, buat stadium, stadium runtuh
Orang duk sebuk nak berjimat, kita sebuk nak masuk F1
Kononnya becakap pasal integriti, tapi kontrak semua kasik kat kroni
Perpaduan? Yang duk sebuk dengan isu hunus keris dan kepala lembu...tu sapa yang jadik punca tu?


God please bless my beloved country Malaysia. Amin.


...dipendekkan cerita teater ni abes pukol 12.30 tgh malam.
Aku dan member-member semua terhibur dengan show malam ni
Terima kasih kat semua pelakon yang kasik gempak performance malam ni...


Malaysia Boleh. Lisa Surihani Comel!!!

Friday, November 6

Beri saya konsonen A Halimmmmm...

Sorry aku pms laei minggu ni
tak sempat nak mengarang
Takpe wiken ni aku wat karangan panjang-panjang punya...

Ada orang tanya aku, apa maksud dua pekataam ni;

Bruno - Lelaki Jambu macam...macam aku Zed Zaidi
Kecah - Kecoh melampau-lampau seperti Rosmah mendapat LV di New York.



Paris street style...inspired by Bruno. Tunggu kemunculan fesyen ini di Jalan Bukit Bintang.

Monday, November 2

Luis Buton laei

Aku tanak cakap banyak daa
Kesimpulannya

Orang Malaysia Memang Terlalu Takjub Dengan Luis Buton
Kat kereta pun nak tampal stiker Luis Buton
Pasni aku nak singgah butik Luis Buton kat Starhill kejap
Nak gak carik stiker camgini...

Malaysia Boleh. Lisa Surihani comel.



Pintu keta paling mahal kat Malaysia & Batam



Stiker LB...kat LB Starhill maybe dalam RM 1 839.35 per ela.

Sunday, November 1

Noris Ali

Part 1

Aku tak suka perubahan
Aku suka rutin, ritual yang biasa sahaja
Aku suka tengok wayang
Aku suka tengok maria ozawa bola sepak
Aku suka makan kat Mapley
Aku suka window shopping
Aku suka bersih dan damai...
Aku suka internet. Ramai awek di sana. Bukan aku punya. Nuff said.

Idup aku amat lame, and boring ok
Biasa saje

Satu hari membe aku ajak pegi tengok teater
Da banyak kali da dia ajak sebelum tu
Tapi aku wat donno je
Sebab aku tak berminat
Baik aku duk rumah baca buku Dek Cerdas
Tapi hidup aku amatlah bosan, ritual...
Jadik aku stuju nak ikut dia.

"Ok, aku ikut kau gi tengok teater tu...amende tajuk dia? KoKEN?...amende KoKEN ni, cam mencarut je"

Tempatnya kat DBP, panggung teater tu nama; StorTeater
Memang macam stor, sebijik macam stor simpan buku teks skolah rendah aku
Tapi takpa, aku suka mende yang klasik...
Yang penting kat dalam tu ada aircond
Malam tu aku, dan 2 orang membe yang lain
Amik seat paling belakang...betul-betul blakang blower aircond.
Aku yang decide, sebab aku skeptikal.
Kalo teater ni tak best, aku boleh main fesbuk.
Main fesbuk pakai iphone kawan, aku ada 3310 gabak je btw

Lampu digelapkan
Show pertama bermula
First impression aku adalah...dalam hatila

"Gampang kau (nama membe aku)...apsal tak ajak aku nengok teater dari dulu haa. Pelakon dia lawa dowh"

Aku yang memula nak layan iphone, main fesbuk
Jadi jakun kejap...

Aku - "Weis (nama membe aku), ni pelakon 100 hari jadi kan, kat Astro Ria"
Membe aku - "A'a, dia la tu...cun kan"
Aku - "Gampang, apsal tak cakap plakon teater cun-cun...kalo tak, da lama aku ikut kau"

2 cerita yang aku tengok tu malam tu betajuk LEGASI & NATURALISASI...lupa lak, tiket RM 10.

Sila klik di pautan ini;
Sinopsis LEGASI & NATURALISASI
Gambar pelakon cun

Legasi ni pasal perjuangan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
Naturalisasi plak pasal lelaki gay yang mau insaf, tapi tersepit...

Part 2

Seminggu lepas aku tengok teater KoKEN tu...
Membe aku ajak pegi ke StorTeater lagi
Soalan pertama aku adalah "Malam ni plakon dia cun tak?"
Gampang gile kan aku
Bukannya nak tanya tajuk cite

Show kedua yang aku g tengok; Teater Anugerah Merdeka
Walopon kami sampai sana awal, tapi awek-awek da ramai
Jantan-jantan pun ada, tapi aku bukan bruno
So aku cuma concern pasal bilangan awek sahaja
Yang bestnya show malam ni free...sebab tu ramai orang datang kot.
Bila pintu masuk dibukak je
Semua berebut-rebut masuk, ala-ala scene nak naik KTM Komuter Gampang pagi-pagi
Disebabkan aku kan gentlemen cam Jason Bourne
Aku decide nak tengok show tu kat luar StorTeater ni je
Sebab ada Tv kecik, boleh la jugak tengok, walopon kat luar

Tetiba, wah wah aku jadi jakun kejap
Sebab Imuda amik kerusi, then duk tepi aku
Ahahaha aku cam artis plak malam ni...koya dowh.

Tak sampai setengah jam, membe-membe aku yang tadi bejaya masuk dalam
Keluar dari StorTeater
Sebab panas sangat, ramai orang kat dalam
Kami decide nak pegi makan. Lapar.

Kebetulan masa tu geng-geng anak Rumah Anak Teater
Noris Ali, Zahiril Adzim nak gi dinner
Dan membe aku bekawan ngan diorang
Dipendekkan crite, aku jakun lagi malam tu
Dinner ngan artis dowh...

Semenjak dari malam tu
Aku plak yang teruja ngan pementasan ni
Memula tu sebab 2 faktor
1 - Ramai awek-awek pegi tengok teater
2 - Pelakon teater cun.

Tapi dalam masa yang sama, membe aku kenalkan aku ngan banyak short films yang bagus...antara yang aku suka
1 - 10 tahun sebelum merdeka
2 - Gadoh
3 - 15malaysia

Part 3

Semalam aku pegi tengok MASKARA SHORTIES
Dekat rumah Gapena, tepi restoran tupai-tupai
Tayangan dibuat kat padang terbuka, nampak langit bintang, bulan mengambang
Aku pegi dengan 5 orang membe
Masing-masing bawak makanan untuk dikunyah...
Kuaci harusla ada
Masuk free. Percuma.
Sebab kami sampai lewat, kami terlepas 6 buah short films
Takpa, kami enjoyed yang lagik 14...Semalam total ada 20 buah short films.
Mostly, aku suka dengan tema dan mesej yang diorang tunjuk.
Yang paling aku suka, satu filem ngan satu tagline;

KRONI DIDAHULUKAN, KEUNTUNGAN DIUTAMAKAN - nuff said.

Semalam jugak aku sempat beli Dvd Freedom Film Fest
Aku tak dapat pegi masa diorang wat show kat KL aritu
Sebab ada opismate kawen...
Tapi takpa, da jumpa Dvd ni kira ok la
Owhhhh, highlight dari Freedom Film Fest tahun ni semestinya
Al - Fatehah Memali

Sapa-sapa tak tahu pasal peristiwa Memali, sila google sekarang.
Ada 14 orang awam mati...
Yes, mende ni belaku kat Malaysia tahun 1985

Part 4

So apesal aku kecah-kecah pasal pementasan semua ni
Memula tu memang sebab sebab dua mende yang aku cakap kat atas
1 - ramai awek
2 - plakon cuun

Tapi aku realize
Dari seni pementasan ni
Aku dapat apa yang aku nak
Aku sukakan alternative opinion
Aku suka second thought

Selama ni aku memang menyampah dengan paper & tv kat Malaysia
Sebab aku baca apa yang gomen nak aku baca
Aku lihat apa yang gomen nak aku lihat

Tapi dunia pementasan ni gomen lum kacau
(harap-harap tak kacau la)
Isu-isu kat Malaysia di jadikan bahan teater & short films
Disampaikan secara sinis dan menyindir
Bukan mengeji...

Maka dari situ dapatlah kita berfikir
Sebenarnya rakyat Malaysia ni tidaklah bodoh
Kita tidak bodoh
Mereka juga tidak bodoh
Cuma segelintir sahaja yang kurang cerdik

Iaitu mereka-mereka yang tidak tahu membilang
Mereka-mereka yang merasakan bahawa projek 12-Billion itu adalah hadiah untuk rakyat


Sekian kecahan malam ni...


Aku still teringat tagline ni;


KRONI DIDAHULUKAN, KEUNTUNGAN DIUTAMAKAN

Idola aku?

Tadi anak sdara aku kasik komen kat wall fesbuk;

"ayahcik, i saw your idol at bazaar magazine, october's cover page"

Hmm, aku duk pikir sapa la idola aku ni...bile sebut je pasal idola, maybe anak sdara aku maksudkan;

1 - Lisa Surihani.



2 - Takpun Zooey Deschanel



3 - Atau wanita tercantik dan paling elegan di Malaysia. Datin Seri Rosmah Mansor...sila maklum bahawa saya di bawah pengaruh ubat batuk.



4 - Mungkin juga Zed Zaidi...tapi ni jantan. Tidak, tidak mungkin.



5 - Hmm, kalo artis omputih, aku rasa Liv Tyler.



6 - Kompom yang ni...Nur Kasih, wanita Melayu terakhir





Aku tak tau sapa. Aku pun google.


Kahwin Free "BAAZAR MAGAZINE OCTOBER COVER PAGE"



Skalik klua gamba ni...LOL.
Cheis nak kena anak buah ni, da pandai kenakan aku. Ahahahhaha :p
Aku lupa, aku penah tengok cite pasal cover page ni kat blog membe aku bulan lepas...Sila Klik Sini...



Ni baju ke hape ni?
Fesyen camgini aku salu tengok kat belakang rumah aku
Mak aku salu balut nangka kat pokok pakai guni
Sebijik cam baju KJ

Hidup KJ!!!
Related Posts with Thumbnails